Sunday, December 5, 2010

Keindahan Dalam Kepelbagaian

Kehidupan ini suatu yang indah, penuh dengan warna warni. Cuba kita lihat keliling kita, pelbagai warna
dapat dilihat oleh pancaindera mata kita. Manusia juga begitu, ada pelbagai rupa dan bentuk dalam ras
dan kaum yang berbeda beda. Juga warna kulit kita yang tidak serupa antara satu sama lain.

Jika secara luaran nya sudah berbeda, apatah lagi dalaman seseorang manusia. Cara dan corak berfikir
seorang manusia juga berbeda. Lantaran itu natijah perbuatan dan perlakuan seorang manusia mungkin
berbeda mengikut cara dan corak pemikiran masing masing.

Perbedaan cuaca tempat tinggal dan geografi dimana individu itu tinggal dan membesar juga  mempengaruhi
cara dan corak berfikir seorang manusia. Faktor alam sekeliling dan suasana tempat tinggal akan
memepengaruhi cara dan corak berfikir seseorang sebelum beliau dewasa.

Bila kita meneingkat dewasa, kita membawa bersama kita pengalaman hidup yang telah kita lalui sebelum
ini dan cara serta corak kita berfikir adalah berasaskan pengalaman lampau.

Cuba kita bayangkan suatu kota metropolitan berpenduduk satu juta bagaimana manusia pelbagai
cara serta corak berfikir berinteraksi. Bagaimana kita mahu suasana interaksi nya
harmonis jika coraknya berbeda.  

Tiada Insan Yang Sempurna

Hakikatnya semua yang ada dalam semesta ini adalah Peciptaan Dari Yang Maha Kuasa, Allah Yang
Maha Kaya. Termasuklah kita yang bernama insan manusia. Penciptaan manusia itu amat sempurna tetapi
sifat dan peribadi manusia yang hidup di muka bumi ini amat berbagai dan amat berwarna bercorak.
Tiada insan yang sempurna sifatnya melainkan Para para Nabi dan Rasul.

Itulah asas dalam memahami kepelbagaian manusia. Dan kita harus mengenali diri kita terlebih dulu, dan bahwa kita juga bukan insan yang sempurna. Bertolak dari asas ini barulah kita dapat mengenali insan lain
dan menerima insan yang muncul dalam hidup kita yang bergaul dengan kita dalam seharian kehidupan,
kita terima seadanya.

TIADA MANUSIA YANG SIFAT DAN PERIBADI NYA SEMPURNA.

Bagaimana Harus Ku Mula

Bagaimana harus ku mula untuk menceritakan kehidupan ini. Pengalaman
hidup adalah suatu yang amat peribadi, jarang ada individu yang sanggup berkongsi pengalaman hidupnya dengan yang lain.

Pengalaman hidup ku tak terkecuali dari pengalaman pahit manis, liku-liku kehidupan penuh onak dan duri, penuh suka duka hilai ketawa.

Dalam Blog ini, akan ku kongsikan semua pengalaman untuk jadi tatapan
umum dan untuk renungan dan penilaian bersama. Mana yang baik boleh
di teladani dan mana yang buruk dapat di ambil ikhtibar dan harapnya
di jauhi dari jejak jejak onak berduri tersebut.

Semuga usaha kecil ku ini dapat membaiki cara dan corak berfikir mereka
yang membaca blogku ini.